Sign In
Web Creator

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TARAF KERAKYATAN KALI KE 43

DSC01340.JPG

Majlis Penyampaian Sijil Taraf Kerakyatan Kali Ke-43 telah diadakan pada hari Rabu, 12 haribulan Jamadilakhir 1447 bersamaan dengan 03 haribulan Disember 2025 bertempat di Dewan Persidangan BRIDEX, Jerudong.

Penyampaian sijil-sijil Taraf Kerakyatan telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

Turut hadir ialah Yang Berhormat Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negara, Setiausaha-Setiausaha Tetap, Timbalan-Timbalan Setiausaha Tetap, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Ketua-Ketua Jabatan, Pegawai-Pegawai Kanan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri serta Pegawai-Pegawai dan kakitangan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan.

DSC01401.JPGDSC01415.JPGDSC01981.JPG

Created at 15/04/2026 2:31 PTG by syamsul.takong
Last modified at 15/04/2026 2:31 PTG by syamsul.takong
Berita Terkini //